Donut Gebu adalah pencuci mulut yang terkenal dan disajikan untuk sarapan. Jom kita cuba resepi sedap mudah homemade ini .
BAHAN-BAHAN
- 500gm tepung high protein atau tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 30gm susu tepung
- 50gm gula
- 30gm shortening
- 30gm marjenin
- 10gm cream super @ apa2 sahaja Pelembut roti
- 6gm Yis
- 1biji kuning telur
- 1 cawan Air
CARA-CARA
1. Campur bahan ikut turutan diatas.
2. Uli guna Bread Maker Sampai habis masa, keluarkan bowl masukkan dalam freezer selama 60 saat.
3. Tamat 60 saat keluarkan bowl dan uli semula sekali lagi guna bread maker.
4. bulatkan doh di atas loyang yang ditabur tepung gandum.
5. Biarkan 15 minit.
6. leperkan doh dgn jari @ apa yang sesuai. Kemudian lubangkan guna nozzle.
7. Biarkan selama 30-40minit, sampai doh ringan baru boleh goreng.
8. Guna api perlahan, balikkan sekali sahaja setiap bahagian untuk elakkan donut serap minyak, goreng ke dalam minyak hingga kekuningan.
9. Lapisan dengan gula dan sedia untuk dihidangkan.
1 biji kuning telur sejuk + air sejuk peti jadikan sukatan 280ml.
(Ni sebenarnya kena agak2 sendiri nanti, sbb kondisi setiap bahan mempengaruhi,
xnak Keras sangat xnak lembik sangat, Keras adunan donut jadi keras,
terlalu lembik donut makan minyak)