Resepi Sagu Gula Melaka

by RRia
resepi sagu gula melaka

Resepi Sagu Gula Melaka Simple Viral Sedap – Sagu Gula Melaka adalah dessert paling enak dan mudah disediakan . Kebiasaan kita pada bulan Ramadhan sagu gula melaka ni mudah didapati di sekitar bazar dengan pelbagai warna warni, tak dapat dibayangkan kesedapan sagu yang disertakan ais sejuk dengan campuran santan pekat dan gula melaka.

resepi sagu gula melaka

Resepi Sagu Gula Melaka Simple Viral Sedap

Cetak Resepi Ini
Fakta Nutrisi 200 calories 20 grams fat
Rating: 5.0/5
( 1 voted )

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan air
  • Susu cair / santan
  • Sagu sepeket (jenis kecik)
  • Gula melaka
  • 2 sudu besar Rose sirap/pewarna hijau
  • Daun pandan

CARA-CARA

1. Air Gula

Hancurkan gula melaka dan dimasak dengan daun pandan.
Masukkan 1/2 cawan air. Tambahkan gula pasir putih untuk menjadi sedikit likat dan biarkan sejuk dalam kira-kira 15 minit

2. Sagu

Rebus sagu tu dalam periuk dengan air sama paras dengan sagu dan letak daun pandan dengan masukkan sirap rose tanpa gula dalam 2 sudu besar
sampai hilang warna putih sagu tu hingga menjadi creampy dan biarkan sejuk dan masukkan kedalam mangkuk.

3. Hidangan

Tambah 3 sudu besar gula merah dan letakkan 2 senduk sagu di atas gula. Tuangkan susu cair di atas sagu secukup rasa.
Jika mengunakan santan, letak sedikit garam.

Sudah siap Sagu Gula Melaka ini boleh disimpan dalam peti ais, dimakan sejuk-sejuk, sangat sedap !

Related Posts

Leave a Comment