Resepi Pulut Mangga

by RRia
resepi pulut magga

Resepi Pulut Mangga – Pulut Mangga adalah kombinasi antara pulut dan mangga yang merupakan kesukaan ramai orang di Malaysia. Pulut yang di masak dengan baik serta santan yang secukup rasa dan disertakan dengan pelbagai jenis mangga atau dikenali sebagai pelam yang manis sudah semestinya kombinasi paling ringkas dan enak dimakan.

resepi pulut magga

Resepi Pulut Mangga

Cetak Resepi Ini
Fakta Nutrisi 200 calories 20 grams fat
Rating: 5.0/5
( 1 voted )

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras pulut yang direndam 3-4 jam
  • 1 cawan Santan yang dibancuh dengan sedikit garam
  • 2 biji mangga masak di potong
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 3 sudu kecil gula pasir
  • Garam sedikit (secukup rasa)

CARA-CARA

- Masukkan beras pulut ke dalam periuk dan masak hingga wap naik.
- Gaulkan pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan santan yang dicampur garam sehingga sebati.
- Dan kukus semula ke dalam periuk sehingga naik wap semula.
- Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam periuk sehingga wap naik (sambil digaul hingga sedikit pekat).
- Dan hidangkan pulut yang sudah masak di atas pinggan
- Hidangkan dengan kuah santan serta mangga yang dihiriskan.

Related Posts

Leave a Comment