Resepi Kerabu Maggi – Perkongsian kali ini membabitkan makanan kesukaan ramai terutamanya pelajar kolej, memperkenalkan: Resepi Kerabu Maggi nostalgia aku dan kau. Cuma maggi ini bukan yang biasa dibuat tu, tapi resepi viral yang menjadi perbualan ramai. Mesti ramai mahu mencuba.
Buat pengetahuan anda, kerabu maggi ini pernah viral sekejap beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun tahun berganti tahun, peminatnya masih ada hingga sekarang. Masakan tidak, bila melihat depan mata hidangan maggi yang diletak udang segar yang ‘sihat-sihat’ itu pasti menggugat jiwa sesiapa sahaja.
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan secukupnya.
Masukkan udang, sotong dan jejari ketam. Rebus sebentar hingga udang berubah warna kemerahan dan toskan.
Kemudian masukkan Maggi Perisa Tomyam (ambil maggi sahaja) ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga menjadi lembut. Angkat, dan toskan sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk kosong.
Gaul Maggi bersama sotong dan udang.
Masukkan bahan hiris dan perencah Maggi dan gaul lagi.
Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul hingga rata sebati.
Maggi Kerabu anda kini sudah siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba!