Resepi Daging Dendeng

by RRia
resepi daging dendeng

Resepi Daging Dendeng Sedap dan Mudah – Resepi Daging Dendeng berasal dari Indonesia oleh masyarakat Minangkabau. Resepi daging dendeng ini dapat bertahan lama kerana tiada campuran santan.
Sesuai dengan peredaran zaman dan status budaya kini terdapat pelbagai tambahan untuk menjadikan masakan daging dendeng lebih sedap.

Jom kita cuba Resepi Daging dendeng di rumah yang kini terkenal pada masyarakat Malaysia.

resepi daging dendeng

Resepi Daging Dendeng Kering Sedap Simple Mudah

Cetak Resepi Ini
Fakta Nutrisi 200 calories 20 grams fat
Rating: 5.0/5
( 1 voted )

BAHAN-BAHAN

  • 1Kilo daging lembu
  • Perapan
  • 1.5 sudu besar gula
  • 2 sudu lada hitam yang hancur
  • 3 cubit garam atau 1 sudu kecil
  • 4 sudu besar kicap pekat lemak manis
  • Masakan
  • 100-120g cili merah 5 biji
  • Bawang besar, 3-5 ulas
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • halia
  • asam jawa yang direndam air
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil cuka putih
  • 2 sudu kecil gula
  • minyak masak

CARA-CARA

1. Potong daging lembu menjadi saiz yang kecil.
2. campurkan kicap pekat lemak manis,garam,lada hitam dan gula dan gaul hingga sebati dengan daging untuk diperap dalam 2-3 jam di dalam peti sejuk.
3. potong kecil bawang putih,bawang merah,cili dan halia.
4. masukkan bawang putih,bawang merah,cili dan halia ke dalam lesung untuk dihancur hingga menjadi sebati.
5. masukkan minyak kedalam kuali pada kadar api yang panas
6. masukkan daging kepingan yang diperap ke dalam kuali sehingga daging menjadi warna gelap dan rangup.
7. masukkan daging ke dalam mangkuk penapis untuk mengeluarkan minyak di daging
8. masukkan daging ke dalam lesung untuk di hancurkan
9. masukkan bawang putih,bawang merah,cili dan halia yang sudah sebati ke dalam kuali dengan mengunakan minyak masak bekas gorengan daging dalam 10 minit.
10. masukkan air asam jawa,garam, kicap pekat lemak manis, cuka dan gula, gaul dalam 3 minit.
11. masukkan daging yang sudah dileperkan ke dalam kuali dan gaul secara sekali sekala.

Related Posts

Leave a Comment